9 Nov 2007

PM Terbangun Dari Tidur Setelah Bermimpi Gelombang Kuning Mencerut Lehernya

Seperti terjaga dari buaian mimpi gelombang kuning, lalu terjaga dari tidurnya yang panjang tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak BERSIH kerana masih terus ingin mengadakan perhimpunan aman 10 November. Tiba-tiba Pak Lah dengan mata terbeliaknya menjerit .... "saya pantang dicabar"...

Perhimpunan aman esok bertujuan untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah Pak Lah tidak dapat membaca mesej tersebut, bahawa rakyat sebenarnya kini mempesoalkan kepimpinannya yang selama ini memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan institusi kehakiman untuk terus berkuasa?

Memang rakyat kini tertekan dan terhimpit hidupnya di regim Pak Lah ini. Telah beberapa kali kita nyatakan dengan nyaring bahawa beliau seorang pemimpin lemah dan tidak berkuasa kerana yang berkuasa kini ialah menantunya, yang berkuasa ialah Peguam Negaranya, yang berkuasa ialah Pengerusi SPR, yang berkuasa ialah Ketua Polis Negara dan yan berkuaa kini ialah Shafie Apdal yang membela lebih banyak kepentingan korporat dari pengguna.

Pak Lah juga meramalkan kononnya sesuatu yang buruk akan berlaku esok.

Dan kami mendapat maklumat terbaru bahawa PEKIDA, sebuah pertubuhan samseng Melayu yang Pak Lah menjadi Penaungnya telah menyebarkan risalah-risalah di masjid-masjid sekitar Lembah Kelang yang berusaha untuk menggagal perhimpunan 100,000 orang esok.

Apakah ini petanda bahawa PEKIDA di sekitar Lembah Klang akan turun beramai-ramai dengan memakai baju BERSIH untuk bersama Himpunan100 ribu rakyat. Tujuan mereka adalah khusus untuk melakukan provokasi dan rusuhan bagi memastikan Pihak Polis dapat bertindak balas kepada perhimpunan ini.

Mungkin itulah itu petanda buruk yang ada esok dan Pak Lah orang yang akan diheret untuk bertanggungjawab membenarkan pertubuhan yang beliau sebagai Penaungnya melakukan kerja-kerja samseng yang umum telah mengetahui PEKIDA sememangnya sebuah pertubuhan samseng di negara ini.

Setiap kali rakyat menuntut supaya sistem pemerintahan yang dipimpin oleh Pak Lah diperbaiki, tidak pernah sekalipun Pak Lah mendengar serta memperdulikannya. Sewaktu rakyat Johor berhempas pulas menyelamatkan diri akibat ditimpa bencana banjir Pak Lah bersenang lenang berperahu layar bersama Datuk Seri Jean Todt serta merasmikan Puteri Nasi Kandar di Australia!

Seorang sahabat mengukirkan dengan indah : betapa ironisnya, di tengah banyaknya orang-orang Melayu yang kelaparan (seperti yang siarkan setiap minggu rancangan “Bersama mu” di Tv3) Orang Melayu menyaksikan banyaknya pemimpin Melayu dari UMNO yang berstatus Menteri dan Menteri Besar menghamburkan kekayaan dan tidak menggunakan pada jalan yang tepat bagi membantu Melayu sebaliknya untuk kekayaan anak, menantu dan adik beradik, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan Kerajaan sekarang seperti harta emak bapak dia dan wajarlah dipanggil kerajaan hari ini “Kerajaan Tiga Beranak”

Dunia mengetahui bahawa Pak Lah kini memperolehi gaji sekurang-kurangnya RM56,ooo sebulan dengan tanpa susah payah menjalankan kerja kementerian-kementerian yang disandangnya disamping jawatan Perdana Menteri. Jadi Pak Lah tidak lansung tergugat dengan sebarang kenaikan harga minyak, tol, barang-barang keperluan yang menjrut rakyat marhaen.

Kaganasan Polis sudah tidak terbendung, negara Malaysia umpama menjadi sebuah negara Polis. Polis bertindak sesuka hati dengan meletakkan undang-undang ditangan mereka tanpa mereka menyedari bahawa mereka sendiri perlu mamatuhi undang-undang.

Sistem kehakiman menjadi sistem katun di negara ini apabila tedapatnya hakim-hakim yang rasuah dan gila pangkat membelakangkan keadilan dan kesaksamaan, melepaskan penjenayah, perasuah dan menghukum pula orang yang tidak bersalah.

Perasuah-perasuah negara dilepaskan bebas oleh Peguam Negara dan ada wakil rakyat yang mampu membina sebuah istana di Kelang. Seorang Menteri Besar BN yang gila kuasa dan tamak dunia sanggup merobohkan perkampungan Melayu serta meruntuhkan surau dan kuil.

Dan Pak Lah masih tidur lena....

Mengapa sekang baru kata "pantang dicabar"?

Apakah Pak Lah merasakan perhimpunan 100,000 orang itu bakal memberi bekas kepada rakyat yang akan memberikan impak negatif kepada kerajaan UMNO/BN di dalam PRU yang akan datang?

Kami telah lama mencabar, itu menantumu yang bernama Khairi Jamaluddin, seorang samseng jalanan yang terang-terang mengakui mendapat perlindungan kerana berbapa mertuakan seorang perdana Menteri. Dan kini kamu mendengar lagi bisikan menantumu untuk bertindak ke atas BERSIH yang menganjurkan perhimpunan esok.

Siapa yang mahu mendengar cabaranmu itu Pak Lah?

Kamu telah terlewat.

Rakyat telah membuat keputusannya, bahawa esok tidak ada siapa lagi yang boleh menghalang kami rakyat terbanyak untuk turun beramai-ramai membawa satu mesej yang jelas kepada dunia supaya sistem demokrasi di negara ini diperbetulkan.

Meminjam bait puisi seorang sasterawan negara, Allahyarham Usman Awang yang dipetik oleh seorang sahabat Roslan SMS

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.