20 Jun 2009

PAS UMNO : Mustafa PAS vs Mustapha UMNO

Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan Umno termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan pagi ini.

Kenyataan terbaru ini dikeluarkan oleh Setiausa Agong PAS tersebut telah meredakan keributan yang berlaku di kalangan ahli-ahli PAS disamping menutup ruang isu tersebut terus dieksploitasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Dalam satu perkembangan lain pula Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin PAS yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan dan dengan itu adalah tidak wajar bagi pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.

Pada peringkat ini belum ada pertemuan secara rasmi antara Umno dan PAS berhubung cadangan itu, katanya dan menegaskan tiada salahnya kedua-dua parti mengadakan perbincangan demi kepentingan bersama.

Namun bagi pandangan kebanyakan pemimpin PAS dri segenap lapisan, tindakan UMNO untuk mempelawa PAS "duduk semeja" tidak lain hanya merupakn satu perangkap yang terhadap PAS menjelang pilihanraya kecil Manek Urai Julai ini.

"Isu Kerajan Perpaduan patut dikuburkan sahaja. Ia dah expired kerana gagasan itu dikemukakan hanya sah di zaman Pak Lah jadi PM seperti dinyatakan oleh presiden PAS sendiri," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan.

PAS UMNO : KEMANAKAH KONSEP AMAL JAMAIYY DLM PAS?

Inilah akibatnya jika konsep amal jamaiyy itu tidak dipraktikkan oleh sesiapa sahaja samada ianya daripada ahli bawahan yang marhaen ataupun pemimpin atasan yang terlalu cerdik…. Kerosakan akan berlaku walaupun parti tersebut dipimpin oleh org yg cerdik (ulama) jika hanya ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yg sampaikannya.

Maksud saya jika pemimpin menyuruh ahli-ahli mengamalkan konsep amal jamiyy iaitu berpegang kepada keputusan jamaah (keputusan mesyurat PAS Pusat, dipanjangkan kepada Majlis Syura Ulama’ dan dibentangkan dan diterima dalam Muktamar PAS Pusat!), tetapi pemimpin atasan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut, maka berlakulah sepertimana apa yg telah berlaku hari ini.

Ahli-ahli yg marhaen, walaupun mungkin tidak alim, tetapi mengerti tentang konsep amal jamiyy berada dilandasan yg betul apabila menyokong dan mempertegaskan keputusan yang telah dibuat oleh PAS dlm muktamar di Ipoh iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! Konsep Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah tidak bertepatan dengan keputusan muktamar, walaupun sekiranya konsep tersebut benar-benar tidak bercanggah dengan Islam, TETAPI ianya adalah bercanggah dengan KONSEP AMAL JAMAIYY yang dituntut oleh Islam.

Sebab itulah pandangan JUMHUR ULAMA adalah lebih terpakai dan siqah walaupun pandangan individu ulama juga tidak bersalahan kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan. Akan tetapi pandangan individu dlm jamaah terutama dlm soal2 yg melibatkan dasar PARTI dan halatuju parti adalah merupakan satu kesalahan BESAR. Tambahan pula padangan tersebut boleh megundang FITNAH dan KECELARUAN dlm jamaah.

Tulisan saya ini bukanlah bertujuan utk memburuk-burukkan sesiapa kerana saya sedar saya bukanlah sealim ulama, tidak juga secerdik profesionalisma, tetapi saya memahami kaedah berjamaah kerana TAAT kepada pemimpin ada batas-batas yg tertentu. Sama seperti org bersolat, jika imam tak betul, maka WAJIB ditegur. Kita bukannya ahli yg WALA’ MEMBUTA TULI walaupun pimpinan tak betul. Saya hanya WALA’ KPD KEPUTUSAN PIMPINAN/SYURA/MUKTAMAR. Pushstop!

Saya tidak akan WALA’ KPD PANDANGAN2 INDIVIDU hatta individu tersebut ialah SU Agong PAS atau Timbalan Presiden PAS atau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS sekalipun! Saya menyokong TGNA kerana beliau wala’ kpd kerputusan jamaah. Kenyataannya bersandarkan kepada keputusan jamaah iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT.

Saya masih hairan dengan segelintir pimpinan dan ahli-ahli yg tidak mengendahkan keputusan jamaah. Apakah mereka lupa akan amaran-amaran Allah yg mencela org2 yg tidak mengamalkan amal jamaiyy? Anda boleh rujuk http://tintaharamain.blogspot.com/2008/04/amal-jamaie-dan-tuntutannya.html .

Saya amat menyesali pandangan Ust Nasa tentang kerajaan perpaduan dlm satu temuramah di luar Parlimen baru-baru ini, kerana jelaslah beliau yg mengkehendaki tutup mulut drp brbincang tentang kerajaan perpaduan, tetapi beliaulah juga yg membuka mulut tentangnya!!! Sepatutnya beliau tidak berkata apa2 atau tidak menyokong saranan madu beracun drp Najib. Seharusnya beliau mengambil keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat terlebih dahulu…. Jangan jd lebih mangkuk dari sudu. Nampak sgt Ust Nasa lebih kearah MEPERKASAKAN KERA-JAAN PERPADUAN drp PAKATAN RAKYAT.

Saya pun teramat hairan dgn sikap beliau yg nyata amat bertentangan dgn konsep syura. Nampak sangat ada agenda peribadi kerana kenyataan beliau adalah BERSIFAT PERIBADI. Saya tak nampak beliau menyesali perbuatan beliau malahan menganggap kenyataan TGNA pulak sebagai pandangan peribadi!!! Amat hairan bin ajaib.

Sebelum mengundur diri, saya inginkan kepastian yg masih terbuku dihati ini iaitu adakah anda (Ust. Nasa) terlibat dgn kerja-kerja mengujudkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO di Perak dan Selangor? Jika tidak sila nafikan di dalam mana-mana laman web. Jika tidak, sila kemukakan siapakah pimpinan yg menjadi fraksi UMNO dlm PAS sepertimana kenyataan Ust. Ahmad Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Saya tidak menuduh saudara, cuma saya mahu saudara menafikannya… itu sahaja… Berkatalah benar walaupun pahit! Sekian, semoga PAS diselamatkan oleh Allah s.w.t. drp golongan munafiqin. -makkalsakhti

Wallahu a’lam.

PAS UMNO : Pakatan Rakyat Jauh Lebih Baik Dari Kerajaan Perpaduan

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa konsep Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan Umno dan Pas tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) yang hangat diperkatakan kalangan pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu kebelakangan ini.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa.

"Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal Umno," katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk program bersama Pas Kedah di sini hari ini.

Yang Pelik Tapi Menarik Tentang Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS

Tidak sah rasanya dalam situasi politik sekarang ni andaikata pengikut politik tidak membicarakan soal Kerajaan Perpaduan umNO-PAS ini. Isu ni semakin menjadi panas, panas dan semakin panas. Kalau bukan kerana melibatkan umNO pastinya isu ni tidak mempunyai apa-apa maknanya pun. Tapi kerana yang terlibat dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah umNO maka ianya perlu dipanas-panaskan lagi

Nah! Sekarang ni apa yang berlaku pada PAS? Berpadukah atau bercelaru? Tidak siapa yang mempu mentafsir perkara ini dengan jelas.

Namun jika mahu memberi persepsi atau gambaran, jelas kepada kita bahawa PAS sekarang ni sedang bergolak. Mungkin sesetengah pihak sanggup mengatakan bahawa PAS kini sedang mengalami proses perpecahan.

Percanggahan pendapat cuba ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai perpecahan dalam pimpinan PAS. Yang jelas siapa yang galak memainkan isu ini?

Jawapannya mudah sahaja. Pemimpin-pemimpin umNO, Media-media umNO, penulis-penulis umNO dan penyokong-penyokong umNO. Tidak lupa juga musuh dalam selimut PAS sendiri.
Golongan-golongan ini mudah dikenali dengan melihat kepada kenyataan, tayangan serta tulisan di arus media kini.

Samada media arus perdana ataupun media alternatif melalui capaian intenet sekarang ni. Dan semestinya golongan yang semakin bersemangat untuk terus memperkatakan isu ni adalah pemimpin-pemimpin umNO. Ya pemimpin-pemimpin umNO berhak untuk membicarakan terus isu ni kerana ia melibatkan umNO secara langsung. Mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan perkara ini.

Kini rakyat disajikan dan ditayangkan dengan dua fenomena yang berbeza antara PAS dan umNO dalam membicarakan soal ini. PAS dilihat semakin bertahan manakala umNO semakin galak menyerang. Melihat kepada perkembangan politik mutakhir nampaknya inilah satu-satunya peluang untuk umNO memenangi perjuangan melawan PAS atau signifikannya melawan Pakatan Rakyat.

Peluang kemenangan ni nampak begitu cerah untuk umNO sehingga mereka kini semakin berani membicarakan soal kerajaan Perpaduan ini. Manakala di pihak PAS pula terpaksa berhempas pulas mempertahankan pendirian mereka sehingga seakan nampak pasti ada korban di pihak PAS. Kalau tak terkorban pun pasti ada pemimpin PAS yang akan cedera. Cuma rakyat hanya mampu untuk melihat isu ini.

Dan apa yang jelas kepada rakyat dan pemimpin-pemimpin PAS adalah sikap sebenar yang ada pada umNO. Bagaimanapun umNO cuba berselindung di sebalik isu ini, identiti dan niat serta halatuju perjuangan umNO terhadap PAS ni akan nampak juga. Ya bagi mereka yang mengenali umNO ni tidak susah mentafsir niat umNO ni. Nampak, cuba tengok betul-betul. Pasti nampak. Kalau tak nampak maka tulisan ini akan cuba sedaya mungkin cuba menampakkan niat umNO itu.

Melihat situasi yang timbul di dalam pimpinan PAS hari ini kelihatannya umNO semakin ikhlas dengan niat mereka Ya memang mereka katakan niat mereka ikhlas tapi benarkan begitu? Di mana keikhlasannya?Satu perkara pelik tentang keikhlasan umNO dalam Kerajaan Perpaduan ni.

Semakin umNO menampakkan keikhlasannya semakin teruk PAS jadinya. Semakin umNO memperbesar-besarkan isu ni semakin parah PAS dibuatnya. Semakin pemimpin umNO dekat kepada pemimpin-pemimpin PAS semakin jauh jadinya persaudaraan PAS ni.

Di pihak umNO pula semakin PAS mendiamkan diri semakin rancak mereka bercakap isu ini. Semakin PAS nampak bercelaru semakin galak mereka memainkan isu ini. Semakin PAS terseksa semakin hebat mereka menekankan isu ni. Apa yang ditunjukkan atau dimahukan oleh umNO, PAS semakin terdesak, tersesak dan tidak mustahil akhirnya nazak seperti mereka juga. Pelikkan?

Bagaimana pula ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa umNO ni rakan penyelamat mereka? Apakah ini sikap yang dikatakan rakan, sahabat atau teman? Tak tahulah pulak, cuba fikir-fikirkanlah.

Yang peliknya juga kenapa keikhlasan dan kebaikan yang umNO war-warkan dalam isu ini semakin menjejaskan populariti dan keyakinan rakyat pada PAS. Kenapa kebaikan umNO ni seakan membawa musibah kepada PAS ? Ya kini seakan-akan PAS nampak berpuak-puak pula jadinya. Kebaikan yang cuba dilakukan oleh umNO ni mendatangkan keburukan kepada PAS pulak.

Kalau gabungan PAS dengan PKR dan DAP selama ni semakin menguatkan dan mengukuhkan kedudukan PAS, mengapa pula begini jadinya nilai perpaduan PAS dengan UMNO.

Rasa-rasanya belum ada pemimpin PKR dan DAP yang terdesak dengan isu ni. Yang nampak terdesak sekarang ni adalah PAS. Dulu tanpa isu ni PAS nampak begitu elegan sekali.


Wajah pemikiran pemimpin-pemimpin PAS begitu rasional sekali. Tapi bila bab cuba Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni nampak yang sehati sejiwa pemikiran PAS ni berbeza-beza pulak. Adakah perkara baik seperti ini seakan-akan menimbulkan malapetaka buat PAS. Sedangkan rakan mereka tadi umNO nampak semakin baik dan bertenaga pula.

Ni lah yang menggambarkan sebenarnya niat umNO mahu membesarkan isu Kerajaan Perpaduan ni. umNO dah lama tahu bahawa inilah senjata yang cukup ampuh untuk mereka menjahanamkan PAS. Dan segalanya nampak terserlah kini. Yang jelas niat baik umNO untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan ni akan menghancurkan PAS. PAS akan rugi manakala umNO akan untung. PAS akan binasa umNO akan perkasa.

Dengan kata lain tidak ada niat ikhlas yang ada pada hati jiwa umNO ni untuk berpadu dengan PAS. Yang ada hanyalah niat untuk menghancurkan PAS. Bila PAS hancur maka kuasa umNO kembali kuat. Apa yang ditunjukkan dalam Kerajaan Perpaduan ni seolah-olah, PAS seumpama sepohon durian yang lebat buah serta rendang pohonnya cuba menanam pokok Ara umNO di pohon mereka. Pokok Ara akan tumbuh subur merimbun dengan akar besar membelit manakala pokok durian akan mati kekeringan.

Rasa-rasanya belum tertafsir dalam nilai persahabatan yang dikatakan baik itu membawa keburukan kepada mana-mana pihak melainkan ada niat busuk disebaliknya.

Kerana perkara baik jika dilakukan dengan niat yang tidak baik maka buruk jadinya. Kenapa pengabungan PAS dengan PKR dan DAP menciptakan perpaduan yang begitu kukuh dan utuh sekali.

Kebaikan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat ni begitu mendatangkan faedah dan manfaat besar sekali kepada PAS. Tapi perpaduan umNO-PAS ni membawa kemudaratan kepada PAS? Tak masuk akal kebaikan yang umNO lagukan dalam Kerajaan Perpaduan ini menimbulkan keburukan pada PAS seperti waktu ini. Pasti ada niat buruk disebalik Kerajaan Perpaduan ni!

Kepada mana-mana pihak yang terus menyokong usaha ni pasti nampak niatnya. Yang menyokong dalam isu ni semuanya adalah kroni-kroni umNO yang selama ini telah ditarbiyahkan oleh umNO bahawa PAS adalah musuh umNO. Kekuatan PAS adalah malapetaka besar buat umNO. Justeru itu jika mereka mahu umNO terus hidup maka mereka haruslah menghancurkan seterusnya menjahanankan PAS.
Buatlah apa saja demi sasaran ini. Kalau sebelum ni melalui cara by hook or by crook semakin berjaya menguatkan PAS kini cara lebih efisen lagi digunakan.

Dalam istilah perjuangan pernah menyatakan ; Sekiranya kamu tidak mampu mengalahkan musuh kamu dengan cara berlawan dengan mereka maka hendaklah kamu menggunakan cara berbaik-baik dengan mereka. Nescaya kamu akan mampu menggalahkan musuh kamu itu.

Kepada seluruh organisasi PAS sedarlah, insaflah bahawa sesungguhnya umNO itu adalah musuh kamu yang nyata. Perkuatkanlah saf-saf perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin kamu dalam menentang umNO ni agar segala tentera bawahan kamu yakin bahawa PAS adalah Pembela Agama, Bangsa dan Negara.

Perpaduan PAS adalah atas dasar Agama Islam bukannya atas prinsip perjuangan parti. Renungkanlah dan lihatlah bagaimana lagaknya pemimpin-pemimpin umNO membicarakan isu ni pada arus perdana. Mereka kini tersenyum megah bila menyebut Kerajaan Perpaduan ni di media umNO. Wajah pemimpin-pemimpin umNO begitu berseri-seri bersolekkan Kerajaan Perpaduan ni. Sedangkan di pihak PAS waktu ini pemimpin-pemimpin PAS kesakitan menanggung derita. Anak-anak kebinggungan melihat kesakitan ayah mereka.

Bangkitlah PAS dengan segera kerana Manek Urai sedang menunggu kamu. Maruah PAS lebih penting dan cukup berharga buat rakyat di Manek Urai. Rakyat Malaysia sedang menungghu reputasi PAS di Manek Urai. Sejarah-sejarah kegemilangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam setiap PRK di Semenanjung menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya gabungan PAS dan Pakatan Rakyat. Aura kekuatan ni semakin terasa bayunya di Sabah dan Sarawak.

Justeru itu musnahkanlah segala jerat yang terpasang oleh umNO ni. Jika terjerat sekalipun waktu ini maka kumpulkan segala kekuatan dan tenaga PAS secara keseluruhannya dengan niat perjuangan suci PAS, tarik nafas panjang-panjang, sentakkan jerat itu biar terputus dari ikatan. Biarlah sakit asal jangan mati.

Rakan-rakan doktor dari PKR dan DAP sedia mengubati. Merekalah rakan dan teman sejati untuk mengukuhkan perjuangan PAS. Yakin dan percayalah bahawa dengan niat para penyokong ikhlas yang berada di segenap tempat merentasi warna kulit dan bangsa maka PAS akan akan mampu pulih dari kecederaan ini.

Yang penting....... kuburkan Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni di Manek Urai. Buktikan dan tegaskan kepada rakyat bahawa PAS adalah satu-satu pilihan bangsa melayu yang benar-benar membela dan menjaga hak mereka. Tidak akan ada istilah Kerajaan Perpaduan PAS-umNO. Jika melayu benar-benar ikhlas membela hak dan bangsa Melayu maka PAS adalah pilihannya. Ini kerana PAS adalah parti yang lebih komplit daripada umNO. Bezanya hanya satu umNO masih berkuasa dan kuasa PAS tidak diiktiraf oleh umNO.

Insya Allah jika kuasa PAS diiktiraf oleh rakyat maka PAS akan membuktikan bahawa dasar perjuangan PAS mampu mengangkat dan memartabatkan bangsa melayu dan Islam itu ke tahap yang lebih gemilang.

Ayuh! Buktikan ketelusan dan kehebatan PAS kepada rakyat. Allahhu Akbar, Allahhu Akbar, Allahhu Akbar - Jebat Sarawak

PAS UMNO : Kepimpinan Negara Kini Di Tangan Najib dan Rosmah?

Kerajaan UMNO BN hari ini diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa telah diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Prof Dr Hamirdin Ithnin sebelum ini pernah bertanya di dalam blognya samda Rosmah kini sudah menjadi Menteri Perdana lantaran menerima penghormatan setinggi itu daripada bekas Perdana Menteri Singapura tersebut.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Lee Kuan Yew semasa lawatan ke Kuala Lumpur, beliau telah telah mengadakan pertemuan dengan Rosmah. Bila ditanya kenapa beliau bertemu dengan Rosmah, jawapannya ialah:


Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.

Lee menambah lagi,

“I emphasised to both that cooperation has to be long term, not chop and change, and it has to be across the board, you can’t just pick and choose,” he said.


Di sini Lee KY menegaskan hal hal polisi negara dibincangkan dengan kedua dua Perdana menteri dan isterinya.

Mengulas mengenai isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperkatakan kini, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.

"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib."

Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.



PAS UMNO : 30 Bolos Ekoran Kebakaran Pusat Serenti

Bernama melaporkan seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi.



PAS UMNO : Orang Bachok Dah Marah, Pilihanraya Kecil Bachok?

Kain rentang memprotes kenyatan dan tindakan Timbalan presiden PAS telah mula dinaikkan di kawasan Parlimennya Bachok kelantan.

Berikut catatan dari pinkturtle.

Masa nak buka stesen minyak dalam kul 6:30am tadi, ada seorang staf saya bagitau… heboh kat Beris kubur Besar semalam… Apa dia yang hebohnya tanya seorang staf yang lain.. Baner protes Nasha dah naik kat beris semalam katanya…

“tak payah cakap banyak, ambik kunci kereta,ambil HP ni… pi ambik gambar kat beris tu” … tapi jampuk seorang staf lagi ” tak payah pegi beris bos.. kat cabang 3 (dalam 100m dari stesen) tu pun ada”… masya Allah… siapa punya keja semalam ni…


Dengarlah denyut hati pengundimu. Usah sekadar menyatakan "tiada niat menyertai UMNO" jika kenyataan dan tindakan tidak selari dengan niat kita. Persepsi rakyat terhadap kenyataan dan tindakan kita perlu diberikan perhatian. Bachok kini di ambang pilihanraya kecil jika Ustadz Nasharuddin tidak memperdulikan mereka lagi.











PAS UMNO : Talkinkan Isu Kerajaan Perpaduan Segera

Kerajaan Perpaduan - itulah virus yang menyerang PAS kini sehingga PAS menjadi porak-peranda lantarannya.

Saya tertanya-tanya mengapakah isu ini dibangkitkan semula selepas Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri menyatakan ia hanya sah sewaktu Datuk Seri (skrg Tun) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan ia telah ditarik balik sejurus sebelum Muktamar PAS kali ke 55 bermula, ertinya idea itu sepatutnya sudah expired sebaik sahaja peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib menjadi kenyataan.

Yang menjadikan saya tertanya-tanya ialah kenapa di dalam sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun sedangkan Presiden sendiri sebelum ini telah menarik balik gagasan itu?

Diperburukkan pula apabila Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa setelah diumumkan kemenangannya selepas pemilihan menikuti jejak Presiden membuat kenyataan media yang sama menyentuh hal Kerajan Perpaduan.

Kini banyak suara menginginkan puka satu Muktamar Khas diadakan. Pada hemat saya IA TIDAK PERLU SAMASEKALI. Kita membuang masa, tenaga dan sumber bagi membincangkan sesuatu yang EXPIRED, TIDAK PERLU DAN HANYA INGIN MEMENUHI TUNTUTAN DAN UNTUK MEMUASHATIKAN MINORITI AHLI YANG BERIYA-IYA MEMPERTAHANKAN GAGASAN KERAJAAN PERPADUAN INI sekalipun tidak seorang pun tampil dengan kertas cadangan yang komprehensif mengenainya.

Kita tidak boleh sekadar menyarankan "tutup mulut" sepertimana arahan yang dikeluarkan sebelum ini TETAPI AJK Tertinggi PAS boleh membuat keputusan isu itu ditutup untuk dibincangkan - sesuai dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat sendiri di dalam Parlimen yang menyatakan isu itu tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura PAS.

Tidak ada isu yang cukup mendesak di Malaysia yang boleh memaksa semua parti politik bersatu di bawah sepanduk kerajaan perpaduan. Tidak ada alasan mendesak bagi PAS untuk menghulurkan pelampung keselamatan kepada Umno yang sedang lemas dengan mengkesampingkan rakan-rakan yang yang telah sama-sama menjana kemenangan dalam PR pada PRU12 yang lalu dan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong PAS, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosley Yaakob di dalam satu tulisannya.

Adalah terlebih baik jika hendak mengadakan Muktamar Khas, adakan untuk menyelesaikan perkara Kelab Penyokong PAS yang telah lama tertangguh. Tidak ada kesungguhan lansung bagi pihak PAS untuk menangani dan menyelesaikannya sekalipun telah diberi amaran oleh Kelab Penyokong PAS yang telah lama berkecil hati dengan cara PAS melayani mereka.

Izinkan saya bawa semula para pembaca menenai kisah yang tercatat di dalam Al-Quran mengenai dua perkara ini : Kerajaan Perpaduan dan Kelab Penyokong PAS.

PAS UMNO : Isu Kerajaan Perpaduan Oleh Ust Ahmad Awang

Isu Kerajaan Perpaduan/Unity Government.

Oleh Ustadz Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan

Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National Union Government adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya.

Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?

Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu.

Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu.

Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan

Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan.

Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.

Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif

Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini.

Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini.

Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu.

Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka.

Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak.

Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja.

Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti.

Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.




PAS UMNO : Kerjaaan Perpaduan Hanya Sekadar Diskusi Akademik?

Isu kerajaan perpaduan yang mengancam perpaduan PAS dan Pakatan Rakyat tiba-tiba disifatkan sebagai "diskusi-diskusi akademik" oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jenaka hitam ini menjadi begitu absurd berbanding dengan kritikan terbuka Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka yang mempertahankan kerajaan perpaduan merupakan "boneka-boneka Umno".

Jelas sekali Tok Guru langsung tidak berminat untuk mengkarikaturkan isu ini yang dianggapnya amat serius.

Kemurkaan Tok guru diserang oleh Rais Yatim, ahli majlis tertinggi Umno, sebagai menyerlahkan "muka sebenar" sebagian besar pemimpin Melayu pembangkang yang tidak jujur memperjuangkan Islam sebagai agama harmoni dan perpaduan, mereka umpama “menanam tebu di bibir”.

Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa sebaliknya dikategori sebagai pemimpin yang berpandangan jauh, sedang yang lain hanya mengamalkan politik populis, dan sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan disifatkan sebagai langkah negarawan yang layak diberi penghargaan.

Dengan pembelaan Rais itu, imej “boneka” mereka yang menyokong idea kerajaan perpaduan seolah-olah diserlahkan oleh jaguh propaganda Umno sendiri!

Dalam kemelut politik dan ekonomi negara kita, memang tidak masuk akal presiden PAS dan penyokong-penyokongnya masih bebas melibatkan diri mereka dalam “diskusi-diskusi akademik” yang tidak akan membawa hasil tetapi, malah, boleh memecahkan PAS menjadi dua kumpulan, yang pro- dan yang anti-kerajaan perpaduan menjelang dan selepas muktamar ke-55 baru-baru ini.

Abdul Hadi sepatutnya tidak begitu mudah lupa. Cuma pada 6 Jun lalu, beliau masih mengulangi keyakinannya bahawa gagasan pembentukan kerajaan perpaduan yang dicetuskannya itu tidak akan terkubur dan akan tiba masanya cadangan itu diterima oleh kepimpinan PAS sendiri dan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Sudah barang tentu kenyataannya itu suatu pendirian politik yang tegas, bukan retorik akademik.

Selepas menghadapi tentangan hebat dari dalam dan luar parti, kini Abdul Hadi mulai menyebut tentang prasyarat yang mahukan kerajaan membuat perubahan dahulu mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

Gelagat ganjil ini memperlihatkan sikap kurang jujur dan tidak bertanggungjawab seorang tokoh Pakatan Rakyat yang hanya berani bikin tetapi tidak berani menghadapi kritikan dan memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan.

Di samping itu, beliau akui PAS belum lagi membincangkan isu kerajaan perpaduan semasak-masaknya, dan ia juga belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.

Padahal isu kerajaan perpaduan telah jadi isu pokok yang memisah-misahkan calon-calon kepimpinan parti menjadi dua kumpulan, iaitu yang pro- dan yang anti-kerajaan perpaduan.

Sementara keputusan pemilihan pula membuktikan calon-calon kumpulan anti-kerajaan perpaduan memenangi kerusi majoriti di peringkat naib-naib presiden dan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS walaupun bagi jawatan timbalan presiden, perpecahan undi Husam Musa dan Mohamad Sabu menyebabkan Nasharudin, yang pro-kerajaan perpaduan, menang besar.

Jika belum dibincang semasak-masaknya di peringkat PAS, kenapa terburu-buru mengambil pendirian menyokong kerajaan perpaduan? Dan jika ia belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat, kenapa sebelum ini dikatakan pula DAP dan PKR telah setuju dengan cadangan tersebut?

Hanya selepas parti-parti terlibat menafikan dakwaan Abdul Hadi dan meminta beliau membuat penjelasan selanjutnya, barulah presiden PAS bertukar pendekatan terhadap isu terbabit.

Sebagai seorang tokoh agamawan dan pemimpin Pakatan Rakyat, tidakkah Abdul Hadi perlu bersikap lebih telus, konsisten dan jujur?

Beliau boleh cuba bersikap lepas tangan dengan menyifatkan saranannya sekadar “diskusi-diskusi akademik” tetapi kerosakan-kerosakan serius telah dilakukan, antaranya:

1.Oleh kerana cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan penukaran dasar yang akan mempengaruh halatuju PAS, Pakatan Rakyat dan kepentingan rakyat pada keseluruhannya, memulakan muzakarah dengan Umno sebelum dasar terbabit dibincangkan semasak-masaknya nyata sekali tidak mengikut proses demokratik penggubalan dasar yang wajar.

2.Muzakarah PAS-Umno tanpa dipersetujui PKR dan DAP terlebih dahulu boleh membawa makna negatif bahawa PAS mungkin ingin menarik diri daripada gabungan pembangkang dan cuba melompat kepada Barisan Nasional.

Atau ia menimbulkan syak wasangka teman-teman Pakatan Rakyat dan kepimpinan PAS sendiri sama ada cita-cita peribadi lebih diutamakan atau, lebih teruk lagi, adakah mereka berperanan sebagai “boneka-boneka Umno” seperti label Tok Guru Nik Aziz?

3.Gagasan kerajaan perpaduan yang menyerlahkan matlamat perpaduan orang Melayu-Islam seperti diuar-uarkan dalam media aliran perdana memberi gambaran seolah-olah PAS telah bergabung dengan dasar perkauman Umno, yang berasaskan ketuanan Melayu, yang kini menjadi dasar ketuanan Melayu-Islam yang lebih menakutkan bukan Melayu-Islam.

4.Sokongan pengundi kepada PAS pada pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya-pilihanraya kecil seterusnya, terutamanya pengundi bukan-Melayu bertujuan menentang kerajaan Umno-Barisan Nasional. Oleh itu, PAS sebenarnya tiada mandat untuk menyokong penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Dan saya percaya kebanyakan pengundi Melayu yang menyokong PAS, termasuk ahli-ahlinya sendiri juga tidak akan menyokong penubuhan kerajaan perpaduan untuk menyelamatkan Umno ingin ditumbangkan, pada akhirnya.

5.Di samping isu kerajaan perpaduan, penekanan kepimpinan ulama yang seolah-olah cuba meminggirkan peranan profesional dan usul mendesak kerajaan mengharamkan Sisters In Islam (SIS) memberi gambaran PAS kembali kepada pendiriannya yang lebih konservatif, eksklusif dan tidak toleran.

Jika persepsi negatif ini tidak dilenyapkan, ada kemungkinan ia akan mengakibatkan PAS kehilangan sokongan yang dimiliki dalam tsunami politik 8 Mac tahun lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil seterusnya.

6.Sokongan Presiden PAS dan timbalannya terhadap idea kerajaan perpaduan di muktamar ke-55 parti itu membuka peluang emas musuh-musuhnya politiknya sendiri, terutamanya MCA dan Gerakan yang berada dalam keadaan defensif selepas tsunami politik tersebut.

Peluang itu digunakan untuk melancarkan propaganda anti-PAS secara ofensif dan lantang, dan tidak dapat dinafikan, ada juga penganalisis politik yang dulu bersimpati dengan Pakatan Rakyat kini menganggap bukan Melayu sudah ditipu oleh PAS.

Saya amat bersetuju dengan Dr Dzulkefly Ahmad, ahli jawatankuasa pusat PAS yang menekankan kepentingan pilihan strategik. Umpamanya, jika hanya Husam atau Mohamad yang bertanding mencabar Nasharudin, maka kini yang kalah mungkin penyandangnya.


Alangkah baiknya jika polemik ulama-profesional dan pertikaian berhubung isu kerajaan perpaduan tidak ditimbulkan.

Segala tenaga PAS boleh ditumpukan untuk merencana dan menggerakkan suatu pelan induk untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu pengundi Melayu-Islam seperti cadangan Dr Dzulkefly! - Lee Ban Chen

Pemimpin Utama PAS Tak Bersama Nizar Di Mahkamah

Akhirnya pada petang tadi 20 Jun 2009, MB Nizar memfailkan juga permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk menggantung jawatan MB DPulau sebagai MB Perak. Dalam tulisan saya yang terdahulu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mestilah selaras dengan kehendak kerajaan UMNO. Usaha MB Nizar ke Mahkamah Persekutuan adalah untuk melengkapkan prosedur perundangan sahaja.

Agak sukar untuk MB Nizar memperolehi pengistiharan sebagai MB Perak kecualilah PM Satu Malaysia berubah fikiran memulangkan semula Perak kepada PR. Tambahan pula keputusan istana mesti diperakui betul walaupun tatasusilanya tidak betul sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Cara terbaik pada ketika ini ialah MB DPulau memohon perkenan pembubaran DUN Perak sebelum Mahkamah Persekutuan terpaksa meraba-raba mencipta alasan untuk menghalalkan kuasa yang haram.

Tahniah dan syabas kepada MB Nizar. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kekuatan fizikal dan mental kepada MB Nizar. Segala ruang dan kesempatan telah digunakan oleh MB Nizar untuk mengherdik dan menyindir akan perlanggaran perlembagaan oleh UMNO. Pada awal minggu ini iaitu hari Isnin 15 Jun 2009, MB Nizar secara spontan telah melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar DUN Perak’ sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Selama ini laungan seperti itu hanya kedengaran di jalan raya atau di majlis anjuran PR sahaja. MB NIzar telah berjaya memperdengarkan laungan keramat itu terus ke telinga PM Satu Malaysia. Inilah pertama kalinya laungan rasmi PR berkumandang di sidang parlimen.

Akibatnya MB Nizar dan beberapa AP PR telah digantung hadir sidang selama dua hari. MB Nizar tunduk hormat dan menurut perintah speaker. Soalnya siapakah yang lebih kurang ajar? Siapakah yang lebih degil? Siapakah yang melanggar peraturan? Pada 7 Mei 2009 di Sidang DUN Perak, speaker telah menggantung kehadiran MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN. MB DPulau dan Enam Jahanamnya amat degil dan kurang ajar. Bentara langsung tidak mempedulikan arahan dan keputusan mutlak speaker.

Sebaliknya speaker pula yang diangkat dan diusung paksa keluar sehingga pecah pasu bunga. Jikalau tidak puas hati dengan keputusan speaker, saman sahaja speaker di mahkamah. Mohon supaya mahkamah mengistiharkan bahawa keputusan dan kuasa speaker adalah tidak sah, bukannya sekadar pengistiharan membatalkan keputusan penggantungan sahaja.

Sebagai rakyat marhaen, saya berpendapat telah berlakunya amalan ‘double standard’ dalam Perlembagaan Malaysia. UMNO terus kebal dan terus dilindungi walaupun kesalahannya begitu terserlah. PR tetap bersalah walaupun sentiasa mematuhi perundangan bertulis. MB Nizar walaupun jawatannya telah dirampas, telah berjaya membuka pekong bernanah UMNO. MB Nizar telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PR. MB Nizar telah menarik simpati pengundi UMNO walaupun mereka masih berkira-kira untuk mengundi PR. Pengundi UMNO mula berdilema, nak undi UMNO atau PR dalam PRU13 nanti?

Entah di mana silapnya ketika PR begitu gagah, ketika PR yakin menang dalam PRU13, tetiba nakhoda PAS mula bersimpati akan nasib UMNO. Pimpinan PAS mulai terpengaruh dengan pujukan UMNO bahawa Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Jikalau dipisahkan, pincanglah akidah. UMNO dengan merendah diri telah menadahkan pejabat menteri di Putrajaya. UMNO menerima PAS tanpa syarat tetapi PAS boleh menetapkan syarat-syaratnya asalkan UMNO dan PAS boleh membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Lupakan sengketa lama”. Ini ayat yang diucapkan oleh TPM Satu Malaysia sebentar tadi. Walaupun pimpinan PAS akan menarik balik salam perdamaian dengan UMNO atau memohon maaf kepada penyokong PR, ianya telah merencatkan sokongan pengundi UMNO kepada PR. Dengan ayat ‘lupakan sengketa lama’ itu, pimpinan UMNO akan kembali disokong oleh pengundi yang berdilema tadi. Kesudahannya UMNO akan terus menguasai undi Melayu kampung. PAS akan dipersalahkan oleh UMNO kerana tidak mahu memaafkan UMNO.

Pimpinan PAS hanya sibuk dan melatah dengan isu UG sahaja. Ketika MB Nizar di mahkamah tadi, tidak ternampak akan kelibat YB Nash. Tidak ternampak juga kelibat dewan pemudanya. Seolah-olah susah payah MB Nizar mengharungi krisis ini tidak dikongsi oleh pimpinan utama PAS. Mungkin ada benarnya dakwaan pelompat Behrang yang MB Nizar hanya dikelilingi oleh Ngeh dan Nga sahaja. Ketidakhadiran tokoh-tokoh pimpinan utama PAS di mahkamah untuk memberikan sokongan moral, telah memperlihatkan mereka tidak menghormati sokongan dan undi tertinggi yang diterima oleh MB Nizar dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Saya ingatkan panas hingga ke petang, tapi nampaknya macam nak hujan di tengah hari. Harap-harap tak jadilah hujan. Entahlah. -dango mamamat