28 Jun 2009

NIZAR vs ZAMBRY : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SALAH

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.


MANEK URAI : Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS

Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.

Beliau telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut

Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan ileh parti berkenaan kelmarin.

"Adalah tidk wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangrmai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorit di kalangan UMNO sendiri," kata seorang pemerhati politik.

"Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu," tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

"Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan," kata beliau.

Turut hadir di dalam pengumuman tersebut ialah Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

MANEK URAI : UMNO Pilih Tuan Aziz Tuan Mat

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Awal-awal lagi nampaknya UMNO bakal menghadapi tentangan dari ahli-ahli partinya sendiri dimana calon pilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah dicicirkan.

Sementara hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai Rohani Majid untuk menjadi calon turut berkecai.

PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang terkenal di Kuala Krai.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

MANEK URAI : VIDEO INI WAJIB DITAYANGKAN SEMULA

Hari ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dalam percubaannya untuk menutup pembohongan dan perbuatan khianat kerajaan UMNO BN menyatakan dengan menyakan poemimpin parti pembangkang tidak harus mempolitikkan isu royalti minyak dan gas di Kelantan kerana ia tidak berbangkit

Katanya kerajaan Kelantan tidak layak menerima royalti bahan itu sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Menurutnya, isu berkenaan bukanlah baru, malah pernah dibangkitkan di Parlimen oleh pihak pembangkang.

Katanya lagi, kerajaan Pusat tidak sekali-kali mencabuli hak kerajaan negeri dan tidak menzalimi rakyat menikmati peluang pembangunan sebagaimana negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, walaupun Kelantan tidak mendapat royalti bagi bahan petroleum itu, namun kerajaan Pusat tidak mengabaikan kebajikan rakyat dengan menyalurkan peruntukan besar sehingga lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Siapa yang boleh percaya kepada Mustapha yng bercakap mengenai isu pembangunan di kelantan itu sdangkan beliau sendiri pernah membuat membuat pengakuan bahawa beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Majlis Peunding Ekonomi Negara satu ketika bertanggungjawab menyekat pembangunan di Kelantan?

Kita tayangkan semula pengakuan itu dan kemudian di sana ada jawapan bahawa Mustapha dan sekalian pemimpin UMNO BN adalah pendusta dan perompak yang menjadikan Kelantan sebagai mangsa kezaliman dan kedurjanaan mereka!






Kemenangan Manek Urai Wajib Dipertahankan - TGHH

Pilihanraya lalu Barisan Nasional (BN) menghadapi kejatuhan merundum dalam memenangi kepercayaan rakyat Malaysia setelah Pakatan Rakyat menguasai kebanyakan pilihanraya kecil yang diadakan sejak Mei tahun lalu.

Kemenangan berturut-turut Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti awal bulan lepas akan disusuli kemenangannya di Manek Urai 14 Julai nanti.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di majlis pengisytiharaan calon PAS malam tadi menegaskan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai wajib dipertahankan.

"Pada tahun 1978, PAS dihentam secara habis-habisan oleh BN dengan cara yang zalim, sehingga mereka (BN/Umno) mengisytiharkan darurat dan pilihanraya pada ketika itu nyata berat sebelah," ujarnya.

Mengimbas sejarah pahit PAS yang pernah berkerjasama bersama dengan Umno pada tahun 1978 itu, beliau mengharapkan sejarah itu akan sentiasa diingati seluruh ahli PAS secara langsung akan menolak Umno/BN.

"PAS ketika itu hanya mampu memenangi dua buah kerusi dan salah satu kerusi yang di menangi adalah Manek Urai, maka wajarlah untuk wajib kita pertahankan manek Urai ini," tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada penduduk tempatan untuk mempertahankan Manek Urai bagi meneruskan kepimpinan ulamak yang diterajui Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden PAS itu juga berkata pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Beliau mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.


MANEK URAI : Kembalikan Royalti Minyak Kelantan

Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,

”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar – Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS)

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak,

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya. -buletininline





MANEK URAI : Komunis, apa lagi persamaan terbaik?

Kalau tidak mahu disamakan dengan komunis, UMNO mahu disamakan dengan apa lagi?" soal Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz berhubung tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya.

Pertanyaan beliau mendapat reaksi yang pelbagai dari ribuan ponyokong PAS yang hadir pada malam itu, dengan memberikan pelbagai perumpamaan dan analogi.

Nik Abdul Aziz menjelaskan isu kenyataan beliau yang menyamakan UMNO dengan komunis dalam ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai 26 Jun, baru-baru ini sebelum mengumumkan calon PAS di padang bola Manek Urai Lama malam tadi.

Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

"Sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis," Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Ketika ditanya tindakan polis berikutan laporan tersebut, beliau berkata tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "walaupun UMNO secara keseluruhannya tidak menyerupai komunis, tetapi satu persamaan yakni mengetepikan hukum Allah sudah cukup untuk menyamakan meraka dengan komunis," ujar Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Laporan Pemuda Umno Kelantan terhadap Mursyidul Am PAS itu menuntut beliau dikenakan tindakan kerana dakwaannya dikatakan berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. -prkn41



MANEK URAI : Taukeh Ikan Ditentang Taukeh Getah?

Jam 4 petang ini bertempat di markas UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang masih belum disahkan (dalam DUN Manek Urai), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahyuddin Yasin akan mengumumkan nama calon yang akan mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal menentang pencabarnya Fauzi Abdullah dari PAS.

Mengikut maklumat dari team risikan Perisik Rakyat, Naib Ketua UMNgOk Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah terpilih untuk mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal dalam satu pemilihan yang telah diadakan awal minggu ini oleh UMNgOk Kelantan setelah berjaya mendapat sebanyak 95% undi dari ketua-ketua bahagian yang memilih.

Tidak banyak maklumat yang diterima mengenai calon tersebut (Che Jalal Muda) setakat ini tetapi apa yang menariknya ialah, Pilihanraya Kecil Manek Urai bakal mencatat sejarah yang unik bilamana calon-calon yang mewakili parti masing-masing mempunyai latar belakang yang hampir sama.

PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang peniaga ikan atau "taukeh ikan" yang terkenal di Kuala Krai manakala UMNgOk pula menampilkan Che Jalil Muda, seorang peraih getah atau "taukeh getah" yang juga dikenali di Kuala Krai.

Setakat ini, jika dilihat secara kasar, ke 2-2 calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Manek Urai mempunyai pengaruh masing.

Pihak kami juga telah mengadakan 1 survey di ke 2-2 kem iaitu PAS dan UMNgOk dan hasil survey kami didalam kem PAS berkeputusan bahawa penyokong-penyokong PAS tidak peduli siapa yang dicalonkan, asal sahaja menggunakan lambang Bulan Purnama, maka itulah pilihan mereka.

Di kem UMNgOk pula, kebanyakan survey tidak yakin UMNgOk boleh menang di Manek Urai dan ada juga yang mengatakan bahawa agak sukar untuk UMNgOk menang tetapi peluang untuk menang tetap ada.

Dalam satu perkembangan yang lain, pimpinan UMNgOk Kelantan masih tidak yakin bahawa calon yang dinamakan (Che Jalal Muda) akan mendapat sokongan menyeluruh dari para penyokong dan jentera UMNgOk sehingga calon UMNgOk diisytiharkan secara rasmi petang ini.

"ketika ini semua jentera kelihatan amat komited dengan kerja-kerja kempen pilihanraya, semua jadual yang diatur setakat ini, dapat diselesaikan dengan bantuan para petugas tetapi ini adalah situasi sebelum calon diisytiharkan. kita risau sekiranya selepas calon diisytiharkan dan ianya (calon tersebut) bukan pilihan akar umbi, maka jentera-jentera yang biasa bertugas akan menarik diri sebagai protes."

Hal ini ada benarnya juga kerana kami mendapat maklumat, berlaku kegiatan melobi calon oleh ketua-ketua bahagian yang memilih dan jika maklumat ini benar, maka jelas bahawa calon yang mendapat 95% undi ketua bahagian yang memilih bukan pilihan akar umbi sebaliknya pilihan mereka-mereka yang berkepentingan.

Apapun kita tunggu sehingga jam 4 petang ini dan perkembangan selanjutnya adakah calon UMNgOk diterima atau tidak oleh akar umbi akan diketahui sekurang-kurangnya petang esok.

Angin sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup membawa suara tidak puas hati dalam kem UMNgOk...

Salam dari Manek Urai. - perisik rakyat