15 Dis 2012

NGO Desak Najib, Rosmah, Nazim Disiasat Ekoran Pendedahan Deepak

NGO Jingga 13 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar.

Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu.

“Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis.

“Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam.

Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1).

Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil.

7 ulasan:

kampong lad berkata...

tunggu pr ambil alih putarjaya....desak sana desak sini tak guna.

Tanpa Nama berkata...

dah jemu le dengar berapa tahun dah.Lapurkan pada makamah antara bangsa moga najib dapat ditangkap

Tanpa Nama berkata...

Nak lapur Kat mkmah antarabgsa tak lepas jgk klu kita masih lg nak undi BN.. Sbnarnya kuasa tu ada Kat kita.. Klu kita masih nak undi dan ptahan kuasa kerajaan skrg perkara2 mcm nie sampai bila tak akan selesai.. Itu yg kita kena faham..

Tanpa Nama berkata...

Polis dah tau dari awal dah... tutup sebelah mata je... buat2 bodoh

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas usaha dan komitmen Jingga 13, namun sertakan sekali dgn opengaduan kepada ALlah, ALlah sentiasa mendengar doa hambaNYA yg dizalimi malah di tiadakan halangan utk usaha itu. Pertarungan kini bukan sahaja kebijaksanaan dan fakta yg di kemukakan, malah seringkali dilihat sebagai persaingan kuasa KERAjaan dan parti umnoapco yg semakin zalim dan khianat dgn kuasa rakyat yg semakin di tindas, Maka rakyat wajar merujukkan kes ini kepda ALlah. Moga ALlah hancurkan KERAjaan, parti, kepimpinan dan seluruh pencacai umnoapco Be eNd dgn sebangsat-bangsat kehancuran dlm PRU 13 ini dan mereka akan di kenanng rakyat akan datang sepertimana kita mengenang Firaun, Abu jahal, Abu Lahab, dsb. Insya ALlah, amien!

Tanpa Nama berkata...

SPRM kena jawab demi integriti kerana matlamat SPRM ditubuhkan untuk membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Perkara ini selalu dinyatakan dalam ceramah SPRM kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Najib.
Nazim.
Nazir.
3 Abdul ini,
mana mahu lari?
Tunggu masa saja...