8 Okt 2012

Pastor Kristian Bantu Berkempen Untuk Calon PAS!



Kota Kinabalu: Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor? Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron, seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.

Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.

Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis.

Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.

Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.

Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.

Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Rakilin Mahuda @ Melvin sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.

"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.

Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.

"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.

"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.

Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka.

"Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.

Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.

Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.

Calon PAS?

Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini.

Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.

Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.

Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.

Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.

"Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh.

Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.

"Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh.

Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama.

Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri.

Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik.

Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya.

Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya.

Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank.

Ulasan GB

Sungguh benar firman Allah swt di dalam Al-Quran

"Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (Q.S. Al-Ma'idah, 82)

Maruah Utusan Tercampak Ke Tong Najis Kerana Niat Jahat Ubah Cerpen

Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok.

Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.

"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu,"
kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok.

" Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.

Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Yang berniat jahat itu, termasuk tindakan untuk menyemarakkan api perkauman akan tetap menerima balasannya.

Kini, hanyir sehanyirnya maruah Utusan dan akan terus membusuk dan berulat sampai ke penghujungnya jika masih begitu perilaku dan tindakannya.

He asked for it!

Ust Idris: Hishamuddin Seperti Pencuri Yang Menjerit "Pencuri"

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.

“Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu.

Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama.

Katanya lagi, pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa PAS sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan DAP, apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti PAS akan berkuasa.

Begitulah, ujar beliau dengan MCA apabila berjumpa dengan pengundi Cina, Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti PAS yang dominan.

“Siapakah yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?” tanya beliau.

Menurutnya, media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang.

Tegasnya, tidak logik langsung laporan itu sedangkan ia memerlukan 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Jelasnya, kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi, lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam.

Katanya, Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan “1Melayu 1Bumi”, jadi apakah maknanya itu kepada Hishammuddin.

“Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat? “Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini?” tany beliau.

Katanya, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman.

“Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai,” katanya lagi. -HD

Bukan Persepsi Tapi Realiti, Rumah MB Negeri Sembilan Dipecahmasuk!

Seremban: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang,” katanya. -HM

Ulasan GB

Sudah berkali-kali KPN dan Menteri KDN menafikan bahawa kadar jenayah telah meningkat. Dikatanya itu hanya sekadar persepsi rakyat.

Tetapi setiap kali penafian dibuat ada saja kes "terkena batang hidung" berlaku dimana jenayah menimpa kepada orang-orang penting di dalam negara.

Kini rumah MB Negeri Sembilan dipecahmasuk. Jika rumah seorang MB pun dipecahmasuk oleh penjenayah, apatah lagi rumah rakyat marhaen?

Masih tak seriuskan jenayah di negara ini?

Teruskan menipu rakyat Malaysia. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap membuktikan bahawa kadar jenayah tidak menurun seperti yang dikatakan. Dan peningkatan kadar jenayah BUKAN persepsi, tetapi realiti, berita di atas sebagai bukti!

Khalid: Muhyiddin Tak Pandai Baca Angka!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah ‘terbaik’ berbanding Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.

“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

“Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.

“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,”
katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.

“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.

Ulasan GB

Memang pu n Muhyiddin tak reti baca angka. Yang beliau tahu ialah bawa wang berguni-guni masa pilihanraya, tabur kepada rakyat untuk merasuah mereka. PRK Manek Urai menjadi saksi di satu masa.



Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Helikopternya terhempas dan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia. Dua insiden helikopter membawa rombongan Muhyiddin bermasalah, sekali di Tuaran, sekali di Sibu, pun tak mahu ambil iktibar daripada kejadian-kejadian itu. Lagi mahu cakap besar dan tak mahu akur dengan kebenaran dan keadilan.



BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam. Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.

Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.

Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.

Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.

Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.

Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.

Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.

Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.

BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.

“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.

Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.

Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Umno Sabah pertikai laporan kajian populariti Musa Aman.

Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kita Kinabalu semalam.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini.
- Bernama.



Ulasan GB

Demikianlah mengelupurnya UMNO BN.

Jika kajian pihak yang sama, dalam kes ini Merdeka Center, berpihak kepada mereka, akan dilambungnya setinggu langit, tetapi apabila hasil kajian tidak memihak mereka macam-macam dikatanya kepada pihak yang membuat kajian.

Lagi Artis Berhijrah Memakai TUDUNG



Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air.

Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis.

Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya.

Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu. Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan. Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata? Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula.

Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah. Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna.

Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian dengan menyertai mana-mana politik. Kajap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun). Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang popular; “Kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung…mu ingat masuk neraka kejap-kejap?”.

Ustaz Azhar juga pernah memberi komen mengenai perkara artis menutup aurat ini di dalam sebuah ceramahnya. Katanya penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam.

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. “Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. itu yang kita kena jaga,” kata Ustaz Azhar- mynewshub